Senin, 30 Desember 2013

Biar parti Sabah memerintah negeri kata SAPP

 Oleh Clara Chooi

  February 06, 2013
KUALA LUMPUR, 6 Feb — Parti Progresif Sabah (SAPP) bertegas kepada Pakatan Rakyat (PR) bahawa parti dari negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri, dengan mengatakan ini adalah untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengkut perjanjian Malaysia 1963. 
 
Mengulangi pendiriannya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, berkata partinya sanggup untuk bekerjasama dengan PR dengan memberi kerusi Parlimen, membenarkan pakatan pembangkang itu memenangi Putrajaya.

Akan tetapi pentadbiran negeri haruslah kekal di tangan parti yang berakar umbi di Sabah, kata bekas ketua menteri itu, dan untuk mencapai perkara ini, berdasarkan nisbah kerusi parlimen-negeri perlulah mengikut formula partinya.

Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN) bersama jirannya Sarawak.
“Kita telah mengatakan PRU13 adalah tentang mengembalikan semula autonomi Sabah (dan Sarawak) seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mengembalikan semangat penubuhan Malaysia.

“Deklarasi Kuching yang mengatakan Sabah, Sarawak mempunyai status yang sama dengan Malaya adalah relevan,” kata Yong (gambar) melalui emel yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.

Ahli politik lantang itu merujuk kepada deklarasi yang diumumkan dan diadaptasi oleh DAP, PKR dan PAS semasa sambutan Hari Malaysia 16 September di Chonglin Park, di Kuching, Sarawak.

Antara kunci kepada tujuh deklarasi itu adalah untuk mengembalikan semangat Perjanjian Malaysia serta kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan yang sama rata dalam Malaysia, “dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan”.

“Jika konsisten dengan janji dan prinsip ini, parti peringkat negeri harus bertanding secara majoriti di peringkat negeri, dan PR boleh bertanding secara majoriti di kerusi Parlimen,” kata Yong lagi.

Terdapat banyak pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah.

Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan.

Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah.
Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri.

Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider melaporkan semalam perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut rakan PR Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing.
Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Datuk Seri Lajim Ukin.

Kedua-dua Bumburing dan Lajim merupakan bekas orang kuat BN di Sabah tetapi meninggalkan parti masing-masing UPKO dan Umno untuk menubuhkan dua pergerakan politik pro-PR.

“Kita menunggu PR atau PKR untuk mereka menentukan formula rasmi dan kita akan umumkan kerana kita tidak hanya bertanggungjawab dengan parti tetapi dengan rakyat,” kata Yong lagi.
“Kita juga mahu tahu formula untuk Sarawak dan Malaya.”
Beliau enggan memberitahu jumlah kerusi yang SAPP mahu untuk berunding dengan PR, dan berkata “ini bergantung dengan formula PR”.

Yong juga tidak mengesahkan atau menafikan tentang kemungkinan partinya akan menentang calon PR dengan bekerjasama dengan STAR dalam pilihan raya akan datang.
“Jawapan bergantung kepada formula PR. Terima kasih,” katanya lagi.

Jika SAPP bertanding menentang PR, ini adalah kali kedua sejak 2008 sejak kedua-dua pihak berlawan sesama sendiri.
Pada November 2010, Yong sendiri bertarung dalam pertarungan tiga penjuru antara Ansari Abdullah dari PKR dan Datin Linda Yong Tsen Lin dari BN dalam pilihan raya Batu Sapi.
Yong, walaupun dalam kempennya menyeru rakyat Sabah untuk menyokong parti tempatan, mendapat tempat terakhir dalam pertandingan tersebut.

Pada ketika itu, bekas ketua menteri Sabah itu mengingatkan pengundi mengenai isu autonomi di Sabah yang menjadi salah satu faktor dalam perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.
Beliau berulang kali merujuk kepada salah satu perkara dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold atau Suruhanjaya Inkuiri yang diketuai oleh Gabenor Bank of England Lord Cobbold pada 1962.

Suruhanjaya itu ditubuhkan bagi mengenalpasti rakyat Sabah, pada ketika itu itu dikenali sebagai Borneo Utara, dan Sarawak untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Suruhanjaya itu bertanggungjawab menulis Perlembagaan Malaysia menjelang pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Dalam laporan suruhanjaya tersebut, Lord Cobbold menerangkan suruhanjaya tersebut menyokong pembentukan Malaysia dan beliau “menyokong kuat” kerana ia adalah projek “yang boleh dijalankan” yang terbaik untuk kepentingan wilayah Borneo dan juga Persekutuan Malaya. 

Pada Pilihan Raya 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya kerana kalah semenanjung, dimana mereka hanya menang 85 kerusi dan pembangkang merampas 80 kerusi.
Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana parti pemerintah itu mengalahkan pembangkang dimana mereka memenangi 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua kerusi.
 The Malaysian Insider
Read More..

Foto foto Unik dari Sudut Pandang Berbeda

Foto-foto Unik dari Sudut Pandang Berbeda - Dilihat dari atas tampak berbeda dan menghasilkan sesuatu gambar yang baru. Inilah yang terjadi pada foto-foto unik dari sudut pandang berbeda dibawah ini.



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Read More..

VIDEO Saat Ngeri Bas Dirempuh Lori Pemandu Tercampak Keluar!


Pada 22 Ogos lepas, sebuah bas ulang alik Genting Highlands terhumban ke dalam gaung mengorbankan sebanyak 37 nyawa dan 16 yang lain cedera. Turut terbunuh ialah pemandu bas berkenaan.

Di laman Facebook, dikongsikan rakaman video kamera litar tertutup di dalam sebuah bas di China yang mengalami kemalangan apabila dirempuh oleh sebuah lori.

Video itu amat mengerikan kerana pemandunya dilihat tercampak keluar dari tingkap manakala penumpang yang lain dilihat melambung-lambung sebaik rempuhan berlaku.

Agaknya, mungkin sedikit sebanyak keadaannya sama dengan bas malang yang terbabas di jalan menuruni Genting Highlands menuju ke ibu kota itu.

Kita lihat juga bagaimana kejadian kemalangan biasanya akan berlaku dalam masa yang amat pantas sebelum keadaan kembali tenang.

Video selama 1:17 itu dimuatnaik ke dalam YouTube pada Ogos lalu menunjukkan tindakan pemandu bas yang cuba mengundurkan basnya selepas terlajak melepasi susur keluar sebuah lebuhraya.

Ketika beliau mengundurkan bas berkenaan, bas itu dirempuh lori dipercayai dari belakang dan membuatkan pemandu bas tercampak keluar.

Bagaimanapun, nasib yang menimpa pemandu bas berkenaan tidak diketahui.

Read More..

Alhamdulillah Majlis Tahlil Perdana khusus untuk Ulama tahun ke 4 Madrasah Ar Rahmaniah selesai dilaksana pagi tadi






















Read More..

Mengenali titik keghairahan

Kesukaran mengetahui kawasan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh vagina adalah masalah yang kerap dihadapi wanita.


DR. BEVERLY WHIPPLE sewaktu membentangkan laporan mengenai kerunsingan wanita terhadap Hubungan Seksual di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ramai wanita memberi pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.
Majoriti wanita melaporkan bahawa kehangatan seksual bermula daripada kawasan vagina, iaitu bahagian bawah trek pembiakan perempuan. Malah ada juga memberitahu, proses tersebut melibatkan pembuangan cecair daripada tiub uretra, yang berfungsi sebagai duktus ejakulasi. Cecair itu kelihatan seperti susu cair.
Menurut kajian yang dilakukan Ketua Setiausaha, Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, titik Grafenberg atau lebih dikenali sebagai G-spot (titik keghairahan), adalah kawasan kemuncak kenikmatan seksual dan merupakan kawasan paling sensitif di dinding vagina.
Kajian seksual yang dilakukan bersama Pakar Seksualiti, Dr. John Perry itu telah menamakan titik Grafenberg selepas Dr. Ernst Grafenber menulis artikel berkaitan seksual pada tahun 1950.


CAPAILAH kenikmatan seksual bersama pasangan.


Katanya, G spot tidak terletak pada dinding vagina, tetapi ia boleh dirasai di seluruh kawasan tersebut. Selalunya, keghairahan itu boleh dirasai di antara bahagian bawah tulang pubik dan serviks. Rasanya juga seperti ketulan kecil yang membonjol atau berlegar di kawasan rangsangan.
"Apabila kali pertama pasangan menyentuh kawasan tersebut, ramai wanita memberi maklum balas bahawa apabila mereka sedang dirangsang, mereka merasakan seakan-akan seperti hendak membuang air kecil, walaupun ketika itu pundi kencing tidak mengumpul air kencing.
"Bagaimanapun, anda seharusnya memberikan masa dua hingga 10 minit untuk mengurut atau bermain di kawasan tersebut, agar dapat menguatkan lagi tahap kepuasan seksual.
"Perkara yang menimbulkan masalah bagi wanita itu sendiri ialah mereka sukar mengetahui kawasan rangsangan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh di kawasan vagina, kecuali menggunakan alat perangsang seks seperti dildo atau vibrator," katanya pada pembentangan kajian yang dijalankan pada tahun 2008, bertajuk Kerunsingan Wanita Terhadap Hubungan Seksual, bertempat di Tenji Japanese Restaurant, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih menyukarkan wanita, jelasnya lagi ialah untuk merasai titik G spot dengan sendirinya, di mana anda memerlukan saiz jari yang panjang atau vagina yang pendek untuk mencapai kawasan tersebut ketika anda berbaring di atas katil.
Sementara itu, Whipple berkata, lebih ramai wanita melaporkan bahawa mereka lebih senang merasai puncak keghairahan G spot dengan sendirinya sewaktu berada di dalam tandas.
"Selepas membuang air kecil, mereka akan meneroka seluruh kawasan hadapan (atas dan bawah), dinding vagina sehingga ke kawasan bawah pusat," tambahnya.
Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka juga berkata, mereka lebih selesa dengan cara meneroka kawasan bawah perut, dekat organ seks dengan tangan, sehingga di kawasan bawah tulang pubik atau di bahagian atas garisan bulu pubik.
"Anda memerlukan tekanan yang kuat apabila pasangan menyentuh klitoris dan anda juga akan merasai nikmat kepuasan apabila pasangan melakukan rangsangan terhadap klitoris," beritahu Whipple.
Selepas meneroka titik G spot itu, anda sudah pastinya mahu berkongsi pengalaman itu bersama pasangan. Titik keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari atau kemaluannya.


TITIK keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari.


Manakala posisi paling mudah untuk merasai kenikmatan bersama ialah apabila wanita berada di atas pasangannya.
"Mereka secara automatik akan merasai kehangatannya dan menjadi lebih selesa dan gembira setelah sama-sama mencapai puncak kenikmatan seks.
"Namun, paling penting anda seharusnya menjelaskan ketidakselesaan yang dirasai sewaktu pasangan sedang meneroka titik keghairahan anda," tambahnya.
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

ATM Jamin Sempadan Malaysia Thai Terkawal


KOTA BARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa sempadan Malaysia-Thailand sejauh 140 kilometer adalah terkawal.

Panglima Lapan Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Zaki Hamzah berkata kawalan sempadan itu dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga Batu Melintang di Jeli, di bawah Ops Merpati dan Ops Wawasan, ternyata membuahkan hasil apabila pihaknya berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Kawasan sempadan yang diletakkan di bawah pengawasan Rejimen Pertama Rejimen Sempadan dengan kekuatan 600 anggota bertugas 24 jam sehari dengan rondaan secara berjalan kaki ataupun bermotosikal.

“Kita turut mengadakan serang hendap pada waktu malam di beberapa pangkalan haram yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan. Setakat ini kita kesan ada 150 pangkalan haram beroperasi di sepanjang sempadan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Mohd Zaki berkata kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ternyata banyak membantu mengurangkan kadar jenayah di sempadan.

Beliau berkata antara kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan itu sehingga Ogos tahun ini ialah merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM12 juta dan menahan 123 pendatang asing tanpa izin yang cuba masuk ke negara ini melalui lorong tikus.

“Kita turut menahan 12 pendatang asing tanpa izin pada petang dan malam Selasa. Warganegara Myanmar merupakan pendatang asing tanpa izin yang paling ramai ditahan dengan menjadikan pekan Golok di Selatan Thailand sebagai pusat transit mereka untuk masuk ke negara ini,” katanya. – BERNAMA

Read More..

Pandangan Pengarah KL Gangster – Syamsul Yusof Berkaitan Hukum Hudud


Seperti yang kita ketahui negara Brunei telah pun mengamalkan undang-undang Hudud dalam menghukum pesalah beragama Islam.

Dalam masa yang sama, penggiat seni seperti Syamsul Yusof turut memberikan pandangannya yang tersendiri berhubung perkara tersebut di laman Twitternya, baru-baru ini.

Syamsul memuji dan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud yang dilakukan Brunei dan berharap satu hari nanti Malaysia pun akan mengamalkannya untuk menegakkan undang-undang Islam.

Macam dah sebati pula penggunaan perkataan seperti ‘lu’, ‘gua’ dan ‘wa’ dalam diri Pengarah KL Gangster ni kan.

Dalam menasihati, sempat pula dia menyelitkan perkataan sebegitu.


Oleh: AUDREY LEE
Read More..