Jumat, 31 Januari 2014
Lelaki maut dihempap pokok
.jpg)
MIRI: Selepas hampir tujuh jam bertarung nyawa akibat dihempap pokok yang ditebangnya, seorang lelaki akhirnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Miri, di sini, semalam.
Sylvester Sinus, 29 tahun gagal mendapatkan sebarang rawatan sewajarnya selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan muka meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri sebaik pokok ditebang tumbang lalu menghempapnya dalam di Kem Pembalakan Paong, Ulu Baram, di sini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar