Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Kamis, 19 Desember 2013
Wanita Hilang Sabar Anak Dirogol Dan Dipukul
Wanita Hilang Sabar Anak Dirogol Dan Dipukul - Kuala Lumpur : Selepas lebih dua tahun mendiamkan diri terhadap tindakan teman lelaki anaknya memukul dan merogol mangsa, seorang ibu akhirnya tampil membuat laporan polis selepas lelaki itu melarikan anaknya.
Sumber polis berkata, mangsa yang berumur 19 tahun itu dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek berusia 27 tahun sejak awal tahun lalu.
“Pada mulanya ibu mangsa merestui hubungan cinta itu, namun selepas beberapa bulan suspek sering memukul mangsa hingga cedera.
“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuat laporan polis kerana suspek memohon maaf dan berjanji berubah.
“Biarpun suspek pernah merogol mangsa, namun wanita itu masih bersabar selepas suspek menyatakan kesanggupannya untuk bertanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pada 16 Disember lalu, wanita itu hilang sabar apabila suspek melarikan anak perempuannya sebelum mangsa ditemui di sebuah rumah di Skudai, Johor pada 10 Januari lalu.
Sumber itu berkata, ibu berkenaan membuat laporan polis selepas anaknya memberitahu dia dikurung suspek sepanjang tempoh berkenaan. – Metro
Rabu, 18 Desember 2013
Anak Harimau Ditemui Mati Lemas

LONDON – Tragedi sedih melanda zoo London apabila seekor anak harimau yang dilahirkan selepas 17 tahun di zoo berkenaan, ditemui mati dipercayai akibat lemas.
Anak harimau berkenaan, yang berusia tiga minggu dan belum diberikan nama lagi, hanya dikesan sudah mati selepas penjaga zoo gagal melihat kelibatnya dalam kamera CCTV pada Sabtu lalu.
Bagaimana anak harimau itu masuk ke dalam kolam tersebut masih menjadi misteri.
Ini kerana penjaga zoo menyangka ia dibawa oleh ibunya yang digelar Melati ke luar kandang.
Menurut kurator zoo itu, Malcolm Fitzpatrick, semua kakitangan zoo berasa sangat sedih selepas tiga minggu binatang itu dilahirkan.
“Kami menyangka dengan meletakkan anak harimau itu bersama Melati maka ia akan mengeratkan hubungan antara dua beranak itu,’’ katanya.
Melati, harimau jenis sumatera yang berusia lima tahun itu melahirkan anaknya pada 22 September lalu.
Melati dan harimau jantan, Jae Jae dikategorikan sebagai pasangan harimau Sumatera yang penting dan ia dipadankan menerusi program pembiakan bagi mengelakkan harimau terbabit pupus.
Langganan:
Postingan (Atom)