Tampilkan postingan dengan label gadis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gadis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

Gadis kurang ajar

myMetro 21 Dis 2012


MIRI: Seorang gadis bertindak kejam apabila menghentak kerusi kayu ke dada bapanya yang berusia 60-an sehingga warga emas itu cedera di rumah mereka di Piasau, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, gadis terbabit yang berusia 20-an bertindak demikian kerana berang selepas bapanya enggan memberikan wang yang dimintanya. Sumber berkata, lebih menyedihkan isteri mangsa yang berusia 50-an hanya melihat perbuatan anaknya tanpa berusaha menghalang atau membantu mangsa.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek meminta wang daripada mangsa yang baru menerima wang pencen.


“Apabila bapanya enggan memberikan wang, suspek berang lalu menghentak kerusi kayu ke dada mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, isteri mangsa dipercayai bersekongkol dengan anak perempuannya itu kerana dia turut memarahi mangsa yang mengeluarkan wang pencen tanpa pengetahuannya.


“Mangsa turut diherdik selain dilontarkan dengan pelbagai kata-kata kesat menyebabkan tercetus perbalahan mulut antara dua beranak itu sebelum anaknya bertindak lebih ganas.


“Akibatnya, mangsa cedera di dada sebelum keluar rumah bagi mengelak kejadian lebih buruk serta bimbang anaknya bertindak lebih agresif,” katanya.

Sumber itu berkata, kebiasaannya wang pencen bulanan diterima mangsa dikeluarkan isteri dan anak perempuannya.


“Mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan ahli keluarganya atas sebab yang tidak diketahui menyebabkan dia sering disisihkan serta tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, semalam.

Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Gadis terkejut dicabul bapa jam 4 pagi


KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam.


Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.


Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.

Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.
“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.

LINK
Read More..