Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Selasa, 11 Maret 2014
DAP kata Najib salah guna kuasa arah beli iklan Utusa
OLEH DIYANA IBRAHIM September 14, 2013
Setiausaha Pengelola DAP, Tony Pua, berkata gesaan Najib itu jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri itu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang kononnya akan melakukan transformasi ketelusan dalam pentadbiran negara.
"Gesaan Najib meminta agensi kerajaan, GLC membeli iklan bagi memastikan kelangsungan Utusan adalah satu lagi agenda kerajaan menipu wang cukai rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Perdana Menteri itu dalam pelancaran bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu yang baru menggesa semua agensi kerajaan, syarikat GLC dan syarikat swasta terutama milik Bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar di bawah kumpulan Utusan.
Najib berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan Utusan selama ini.
Gesaan itu disokong Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang meluahkan rasa terkilan apabila syarikat korporat meminggirkan Utusan.
"Kami dapati perbelanjaan iklan oleh sebahagian GLC dalam akhbar Melayu terutama Utusan lebih kecil berbanding akhbar berbahasa lain, ini tidak adil,"katanya.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, gesaan Najib secara tidak langsung membuktikan akhbar Utusan Melayu tidak lagi menjadi pilihan kerana agenda yang sangat rasis terhadap perkauman.
Tony berkata, Najib hipokrit apabila Presiden Umno mempunyai kepentingan sendiri, menggunakan pengaruh mengambil wang rakyat demi parti sendiri.
"Najib hanya berpura-pura kononnya akan melakukan perubahan, membawa imej pembaharuan kerajaan kepada masyarakat tetapi apabila perkara melibatkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mereka akan mendahulukan kroni,"katanya.
Pada masa sama, Tony menyelar Najib yang tidak teragak-agak memotong subsidi barang keperluan dan perkhidmatan bagaimanapun mengalakkan pembaziran dengan meminta syarikat membeli iklan dalam Utusan. – 14 September, 2013 The Malaysian Insider
Kamis, 26 Desember 2013
Promosi arak guna lambang masjid

Laporan akhbar Sinar Harian pada 29 Ogos lalu mengenai sebuah iklan arak menggunakan gambar masjid.
GEORGETOWN - Sebuah syarikat hiburan di Jalan Penang bakal dikenakan tindakan denda maksimum RM2,000 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) gara-gara mempromosikan minuman keras menggunakan lambang masjid.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pendakwaan berkenaan dikeluarkan melalui Undang-Undang Kecil Iklan MPPP 2000.
“Kami mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis ini memandangkan ia juga akan menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa jangan sesekali cuba menyentuh isu sensitiviti agama.
“Kerajaan negeri juga sedang meneliti undang-undang sedia ada yang lain supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap pusat hiburan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Sinar Harian pada 29 Ogos lalu mengenai sebuah syarikat hiburan dipercayai menggunakan lambang masjid untuk mempromosikan minuman arak.
Pada kain rentang iklan berkenaan, syarikat hiburan tersebut mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.
Tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.
Sementara itu, koordinator Pemuda Umno Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, promosi yang menggunakan kain rentang itu diletakkan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang dan dipercayai dipasang sejak awal bulan ini.
Menurutnya, lebih memalukan apabila jalan berkenaan adalah antara laluan utama ke Komtar iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong.
Langganan:
Postingan (Atom)