Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

Pembunuhan Datuk Shaharuddin Ada Kaitan Dengan Sindiket Penyeludupan Kereta

Pembunuhan Datuk Shaharuddin Ada Kaitan Dengan Sindiket Penyeludupan Kereta


Kuala Lumpur –  Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim, bulan lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah penyeludupan kereta di negara ini.
Sumber berkata, sindiket berkenaan dipercayai membawa keluar kereta mewah import dari Langkawi ke tanah besar tanpa membayar duti eksais dan cukai jualan yang ditetapkan untuk tempoh melebihi 90 hari.
Bagaimanapun, pihak Kastam dapat mengesan kegiatan sindiket itu dipercayai beroperasi sejak tahun lalu.
Sindiket dipercayai didalangi rakyat tempatan itu dikatakan menjual kereta import murah tanpa mengenakan cukai ditetapkan untuk pasaran tempatan.
Mangsa dikatakan menerima maklumat kegiatan berkenaan dan mengarahkan bahagian kendaliannya mengekang aktiviti terbabit menerusi tindakan sewajarnya, katanya pada BH, semalam.
Pada 27 April lalu, Allahyarham mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabat ketika kenderaan dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi.
Tubuh pasukan khas
Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas di setiap kontinjen negeri diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dan melancarkan gerakan besar-besaran memburu penjenayah.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kes disiasat daripada pelbagai aspek.
Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (semalam) dan belum ada tangkapan terbaru dilakukan, katanya. – BERITA HARIAN
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

gambar gps meletup dalam kereta

GPS kereta Meletup, kereta hangus sebab gps, kereta rosak sebab gps, gps meletup, charger murah meletup, risiko gps murah, akibat gps murah, bahaya gps, gps berbahaya

GPS boleh dikategorikan sebagai salah satu gajet mewah yang tidak semua orang ada. Tapi sekarang ini, dalam setiap kereta model terbaru, GPS boleh dikatakan sebagai aksesori wajib yang perlu ada dan menjadi keperluan untuk setiap pembeli kereta. Namun, GPS bukan sahaja boleh menjadi petunjuk di kala sesat, tapi jugak boleh menjadi ‘petunjuk’ kepada kecelakaan. Jom lihat lagi gambar di bawah ini. 

GPS kereta Meletup, kereta hangus sebab gps, kereta rosak sebab gps, gps meletup, charger murah meletup, risiko gps murah, akibat gps murah, bahaya gps, gps berbahaya

GPS kereta Meletup, kereta hangus sebab gps, kereta rosak sebab gps, gps meletup, charger murah meletup, risiko gps murah, akibat gps murah, bahaya gps, gps berbahaya

GPS kereta Meletup, kereta hangus sebab gps, kereta rosak sebab gps, gps meletup, charger murah meletup, risiko gps murah, akibat gps murah, bahaya gps, gps berbahaya

GPS kereta Meletup, kereta hangus sebab gps, kereta rosak sebab gps, gps meletup, charger murah meletup, risiko gps murah, akibat gps murah, bahaya gps, gps berbahaya
Kasihan kepada empunya kereta ini. Walaubagaimanapun, kita perlu sentiasa berhati-hari dalam memilih gajet GPS. Elakkan dari membeli GPS yang murah dan tidak berjenama. Jangan kata GPS boleh meletup, charger telefon bimbit yang murah pun boleh meletup. Pilihan di tangan kita, mahu murah, atau bersedia menerima risiko seperti kereta di ata
Read More..