Tampilkan postingan dengan label parlimen. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label parlimen. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Parlimen Belia Mula Bersidang April 2014


KUALA LUMPUR – Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksana April tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat Isnin, pemilihan anggotanya pula dijangka dibuat pada Februari 2014.

Beliau berkata, kementeriannya meningkatkan jumlah daftar pemilih, yang terdiri daripada belia berusia 18 tahun hingga 30 tahun, daripada 17,155 orang pada Mei 2013 kepada 70,181 orang setakat hari ini.

“Jumlah daftar pemilih belia mengalami peningkatan 310 peratus, boleh kita lihat sejak penubuhan skuad pendaftaran Parlimen Belia dan gerakan bersepadu di peringkat negeri bulan Mei lalu,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) di persidangan Dewan Rakyat.

Noor Ehsannuddin ingin mengetahui status PBM dan kesudahannya kepada belia yang menyertainya.
PBM memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan anggota persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Pemilihan anggota PBM adalah berdasarkan kepada taburan populasi belia mengikut negeri dan seramai 119 anggota PBM yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun dipilih secara ‘online’ melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di http://www.parlimenbelia.gov.my oleh pemilih belia yang berdaftar.

Dalam PBM, sembilan jawatankuasa dibentuk membabitkan sosioekonomi; hubungan antarabangsa dan diplomatik; pendidikan dan kerjaya; kebudayaan, sukan, patriotisme dan integrasi; pembangunan masyarakat dan kesihatan; teknologi dan inovasi serta modal insan bagi membincangkan pelbagai isu mengikut bidang.

“Objektif kami iaitu melahirkan pemimpin muda berfikiran terbuka daripada segi idea melalui perbahasan pelbagai isu dan usul yang telah ditetapkan akan dibentangkan kepada Parlimen untuk dipertimbangkan,” kata Khairy. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

PPPR cadang SPRM diletakkan di bawah jawatankuasa khas Parlimen


June 07, 2013 TMI
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa khas parlimen seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), cadang Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR). 
Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaaffar berkata SPRM dalam bentuk sekarang tidak dapat melepaskan diri daripada isu persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kebebasan, integriti dan kemampuannya.
“Sudah sampai masanya kerajaan mengambil kira semua pandangan, kecaman dan tuduhan yang dilemparkan pelbagai pihak mengenai nama baik dan imej SPRM sebelum, sewaktu dan sesudah pilihan raya umum ke-13.

“Sebahagian besar pandangan, kecaman dan tuduhan terhadap SPRM ini tidak berasas dan berniat jahat, tetapi PPPR berpendapat SPRM akan terus berdepan dengan soal persepsi ini selagi SPRM berada dalam kedudukannya sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 1 Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada jawatankuasa khas yang diwakili anggota parlimen daripada semua parti politik kerajaan atau pembangkang.

Johan berkata SPRM merupakan entiti yang diwujudkan berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, bukan hanya sebuah jabatan kerajaan yang harus tunduk pada kuasa pentadbiran atau eksekutif seperti pandangan rakyat umum.

Sehubungan itu, beliau berkata PPPR menggesa kerajaan mengambil lima langkah segera ke arah merealisasikan cadangan berkenaan.
* menubuhkan satu panel bebas dan dwipartisan dianggotai semua parti politik bagi mengkaji akta dan peruntukan bagi membolehkan SPRM diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen;

* menyediakan garis masa bagi merealisasikan cadangan itu;
* suruhanjaya dibentuk kelak perlu ditukar nama dengan memasukkan perkataan bebas menjadi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Malaysia (SBPRM) mengambil model banyak agensi rasuah di luar negara. Perkataan Bebas membawa makna kuat dan sesuai dengan imej baru SPRM.

* memastikan terma baharu pesuruhjaya SPRM sesuai dengan kedudukan baharunya.
* pelantikan pesuruhjaya SPRM dibuat menggunakan model Congressional Hearing di Amerika Syarikat iaitu calon presiden bagi satu-satu jawatan strategik harus melalui proses Confirmation Hearing. Hanya individu melepasi tahap itu sahaja dipertimbangkan ke jawatan tersebut.

“Panel ini berpendapat cadangan ini perlu dilaksanakan serta-merta. Panel juga berpendapat dalam memerangi rasuah, SPRM bukan sahaja harus bersih tetapi kelihatan bersih,” katanya. — Bernama
Read More..