Tampilkan postingan dengan label pengsan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengsan. Tampilkan semua postingan
Minggu, 22 Desember 2013
Warga emas pengsan api misteri muncul secara tiba tiba
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2012
16 Mei 2012
Salah seorang ahli keluarga menunjukkan almari yang terbakar secara tiba-tiba sehingga memusnahkan keseluruhan bilik, kelmarin.
Aishah Idris, 60, dikatakan bimbang dan hilang punca dengan kejadian itu yang menyebabkan barangan perabot serta pinggan mangkuk rumahnya terbakar secara tiba-tiba.
Anak saudaranya, Noraini Osman, 25, berkata, kejadian terbaru berlaku sekitar jam 6 petang, kelmarin apabila api tiba-tiba muncul membakar almari baju di dalam bilik.
Menurutnya, kejadian aneh itu bukan sahaja misteri, malah merbahaya kerana dikhuatiri menyebabkan kecederaan kepada ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya terpaksa berjaga secara bergilir-gilir termasuk mengawal kawasan sekeliling rumah bersama jiran tetangga.
“Semalam (kelmarin), kejadian menjadi semakin serius apabila bahagian bilik mula terbakar, bermula dari almari baju dan ia merebak ke bahagian siling.
“Kami terpaksa menghubungi bomba untuk membantu mengawal kebakaran,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan, kebakaran yang berlaku hanya membabitkan barangan tertentu seperti sofa, tilam, bantal dan selimut.
Kejadian seumpama itu kebiasaannya berlaku sebelum Zohor, sebelum Maghrib dan sebelum Subuh menjelang.
Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Mohd Qhu Faizal Mohd Yasin, 15, berkata, dia turut berjaga malam mengawal keadaan rumah neneknya itu.
“Setiap malam kami berjaga, bagaimanapun selepas kami pulang sekitar jam 3 hingga 4 pagi semalam (kelmarin), tidak sampai lima minit kebakaran berlaku lagi,” katanya.
Mohd Qhu berkata, kebakaran yang berlaku sebelum ini berjaya dipadamkan sendiri kerana hanya membabitkan api yang kecil.
Namun katanya, kebakaran yang berlaku, kelmarin adalah di luar jangkaan mereka.
Jumat, 20 Desember 2013
Pura Pura Pengsan Elak Dibunuh
KANGAR : Seorang peniaga yang tidak mampu untuk melawan dua perompak bersenjatakan parang terpaksa berpura-pura pengsan sebelum mendapati pelbagai barangan berharga bernilai RM50,000 termasuk wang dilarikan penjenayah tersebut kelmarin.
Kejadian pukul 3 pagi di sebuah rumah Lorong Haji Teh, Pengkalan Asam, di sini itu berlaku ketika Siti Fatimah Ahmad, 45, bersama dua anak, ibu dan adiknya sedang tidur di dalam bilik masing-masing.
Mengimbau semula kejadian itu, Siti Fatimah memberitahu, dia terus terjaga apabila menyedari lehernya dicekik selain hidung serta mulutnya ditekup dengan kain yang telah dilumur sejenis cecair dipercayai klorofom.
Katanya, pada mulanya dia sangka sedang bermimpi tetapi ketika hendak mencapai telefon bimbit untuk melihat waktu, dua individu yang memakai topeng dan baju sejuk terus menyerangnya.
“Saya enggan menyerah dan cuba melawan. Salah seorang daripada mereka kemudian cuba menekup sekali lagi mulut dan hidung saya dengan kain itu manakala seorang lagi memukul dan mengacukan parang hingga mencederakan jari serta tangan saya.
“Apabila mendapati kudrat saya tidak mampu untuk melawan mereka, saya mendapat ilham untuk berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada dibunuh,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pada masa sama dia hanya membuka sedikit mata dan nampak dua perompak itu menggeledah biliknya selama 20 minit selepas mengikat tangan dan kakinya menggunakan kain tudung miliknya.
Menurut Siti Fatimah, penjenayah kemudian cuba masuk ke dalam bilik anak, ibu dan adiknya tetapi gagal apabila pintu itu dikunci dari dalam sebelum kedua-duanya melarikan diri melalui dapur. – Kosmo
Langganan:
Postingan (Atom)