Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Polis Tahan Suspek Kes Rompak Kedai Emas

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang terlibat dalam kes rompakan kedai emas di pekan Pasir Mas semalam, ditahan polis kira-kira tiga jam nselepas melakukan jenayah itu ketika sedang berehat di bawah sebuah rumah di Kampung Machang Gochoh, Meranti, Pasir Mas.
Suspek berumur 43 tahun itu ialah pemandu kereta yang menunggu suspek utama kes melarikan beberapa gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 dari kedai itu dengan menyamar ingin membeli cincin pertunangan, di luar premis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata sejurus mendapat maklumat mengenai kes tersebut, unit peronda polis telah mengesan kereta yang dipandu suspek di simpang empat lampu isyarat stesen minyak Petronas di Rantau Panjang.
Menyedari kehadiran unit peronda, suspek memecut keretanya yang turut dinaiki seorang lagi suspek, menghala ke arah jalan lama Rantau Panjang-Pasir Mas, sebelum kenderaan itu terbabas di kawasan Sawah Kampung Banggol Che Musa, Meranti.
Haliludin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kedua-dua suspek tersebut kemudiannya melarikan diri ke dalam semak berhampiran kawasan berkenaan sebaik sahaja melihat kehadiran anggota polis.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Pasir Mas berjaya menangkap pemandu kereta berkenaan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Machang Gochoh pada pukul 6.40 petang, katanya.
“Hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya kini giat memburu suspek utama yang berasal dari Kampung Gong Chengal Tanah Lot Kemasek, Kemaman, Terengganu. – BERNAMA
Selasa, 24 Desember 2013
Ariel Dipanggil Polis Indonesia Kali Kedua
JAKARTA – Vokalis band Noah, Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video pornografi, dipanggil lagi oleh pihak polis untuk menjadi saksi satu kes melibatkan dirinya dan seorang pramugari.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dijadual hadir untuk beri keterangan bulan depan.
“Ya… akan dipanggil sebagai saksi,” kata Ketua Jenayah dan Kekerasan, Ditreskrimum Ajun Ketua Komisioner, Helmy Santika dipetik Kompas.
Menurut Helmy, Ariel, 31, dipanggil kali kedua selepas dia tidak hadir sebelum ini atas alasan sibuk dengan konsert jelajah 25 bandar di Indonesia bersama band Noah.
“Minggu depan Ariel akan dipanggil untuk kali kedua. Kalau tidak datang, dia akan dipanggil secara paksa,” kata Helmy.
Sebelum ini, seorang pramugari, Magdalena Awuy melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia. Magdalena dituduh sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel.
Ariel dan Noah kini terlibat dalam konsert jelajah di lima negara. Sejak kes itu disiasat oleh polis bermula 21 November lalu, beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Jeanne Margareth Dumais yang membuat laporan.
Turut disiasat Magdalena, rakannya, Wiyana dan Renitasari serta majikan mangsa, Mahsuri Ahmad. Ariel yang dahulunya dikenali sebagai Ariel Peterpan dibebaskan Julai lalu dengan bersyarat.
Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.
Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta oleh Mahkamah Daerah Bandùng pada 31 Januari 2011 selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua orang artis wanita iaitu Cut Tari dan seorang lagi yang dipercayai sebagai Luna Maya.
Selepas penyiaran video itu di internet menjadi isu hangat, Cut Tari telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau adalah orang yang beraksi dengan Ariel dalam satu daripada video pornografi itu dan telah memohon maaf secara terbuka kepada suami dan keluarga dan seluruh rakyat Indonesia atas perlakuannya itu.
Bagaimanapun Ariel sehingga hari ini tidak pernah mengakui perbuatannya, begitu juga dengan kekasihnya Luna Maya. Pasangan kekasih itu telah memutuskan hubungan mereka semasa Ariel sedang menjalani hukuman penjara.
Ariel telah ditahan sejak 23 Jun 2010 dan menjalani sidang perbicaraan di mahkamah sebanyak 14 kali. Perbicaraan itu yang bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarah kerana ia merupakan kes pornografi yang pertama yang diadili di mahkamah Indonesia. – SinarHarian
Sabtu, 21 Desember 2013
Peserta flashmob 505 tidur atas pembahagi Jalan Tun Perak dengan dikawal polis
|
Di sebalik kesibukan warga kota pulang bekerja, semalam peserta Flashmob 505 mengadakan acara tersebut buat kali kedua di tengah kesesakan Jalan Tun Perak.
Jika flashmob Sabtu lalu mereka berdepan dengan tangkapan pihak polis, kali ini kira-kira 15 peserta membuat gimik dengan tidur dan duduk di atas pembahagi jalan di bawah stesen STAR Masjid Jamek, di jalan tersebut.
Kira-kira 10 peserta lelaki tidur di atas pembahagi jalan itu sambil melaungkan "SPR Undur, "SPR Penipu" dan "SPR letak jawatan" sambil memegang kain rentang membantah berlaku penipuan pilihan raya dan sekali gus mengajak orang ramai hadir ke perhimpunan Black505 Sabtu ini.
Ada di antara mereka juga memegang bendera PAS, PKR dan DAP.
Manakala bakinya yang merupakan peserta wanita pula duduk di atas pembahagi jalan itu sambil memegang belon kuning tertulis "622"- tarikh perhimpunan itu di Padang Merbok hujung minggu ini - dan poster membantah SPR.
Gimik tersebut diadakan selama 45 saat sebanyak dua pusingan sewaktu lampu isyarat merah menyala dan kenderaan berhenti di kedua-dua arah di jalan tersebut bagi menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.
Gimik ringkas kali pertama diketuai aktivis mahasiswa Mohamad Safwan Anang, manakala gimik kedua diketuai Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Redzuan.
Flashmob itu berlangsung selama 40 minit bermula 6 petang yang dikawal selia kira-kira 15 anggota polis.
Sebelum acara itu diadakan, peserta flashmob berdiri di tepi dan pembahagi jalan sambil mengibarkan kain rentang dan poster mengajak orang ramai turun pada perhimpunan tersebut dan mendesak SPR letak jawatan.
Flashmob kali kedua ini berlangsung dengan aman tanpa menjejaskan lalu-lintas dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Sabtu lalu, seramai 15 peserta flashmob termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan polis sewaktu mengadakan acara tersebut di pusat membeli belah Sogo.

Langganan:
Postingan (Atom)