Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Mahkamah batal saman Ibrahim Ali ke atas Saifuddin

Malaysiakini


  • Bernama
  •  Sep 7 2012
Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel di akhbar Suara Keadilan, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membenarkan permohonan Saifudin untuk membatalkan saman Ibrahim terhadapnya dengan kos RM8,000. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Puspawati Rosman yang mewakili Saifudin berkata antara alasan yang diberi hakim itu ialah mahkamah bersetuju dengan pembelaan Saifuddin bahawa artikel itu tidak berbaur fitnah.

Pada 2 Jun 2010, Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM2 juta ke atas Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat di Suara Keadilan edisi minggu 27 April hingga 4 Mei 2010 menyebarkan perkataan yang membabitkannya dengan perniagaan.

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.

Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota Parlimen Machang itu, dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.

- Bernama
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Peserta flashmob 505 tidur atas pembahagi Jalan Tun Perak dengan dikawal polis

  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini Jun 20 2013
 
Di sebalik kesibukan warga kota pulang bekerja, semalam peserta Flashmob 505 mengadakan acara tersebut buat kali kedua di tengah kesesakan Jalan Tun Perak.

Jika flashmob Sabtu lalu mereka berdepan dengan tangkapan pihak polis, kali ini kira-kira 15 peserta membuat gimik dengan tidur dan duduk di atas pembahagi jalan di bawah stesen STAR Masjid Jamek, di jalan tersebut.

Kira-kira 10 peserta lelaki tidur di atas pembahagi jalan itu sambil melaungkan "SPR Undur, "SPR Penipu" dan "SPR letak jawatan" sambil memegang kain rentang membantah berlaku penipuan pilihan raya dan sekali gus mengajak orang ramai hadir ke perhimpunan Black505 Sabtu ini.

Ada di antara mereka juga memegang bendera PAS, PKR dan DAP.

Manakala bakinya yang merupakan peserta wanita pula duduk di atas pembahagi jalan itu sambil memegang belon kuning tertulis "622"- tarikh perhimpunan itu di Padang Merbok hujung minggu ini - dan poster membantah SPR.

Gimik tersebut diadakan selama 45 saat sebanyak dua pusingan sewaktu lampu isyarat merah menyala dan kenderaan berhenti di kedua-dua arah di jalan tersebut bagi menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.

Gimik ringkas kali pertama diketuai aktivis mahasiswa Mohamad Safwan Anang, manakala gimik kedua diketuai Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Redzuan.

Flashmob itu berlangsung selama 40 minit bermula 6 petang yang dikawal selia kira-kira 15 anggota polis.

Sebelum acara itu diadakan, peserta flashmob berdiri di tepi dan pembahagi jalan sambil mengibarkan kain rentang dan poster mengajak orang ramai turun pada perhimpunan tersebut dan mendesak SPR letak jawatan.
Flashmob kali kedua ini berlangsung dengan aman tanpa menjejaskan lalu-lintas dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sabtu lalu, seramai 15 peserta flashmob termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan polis sewaktu mengadakan acara tersebut di pusat membeli belah Sogo.
Read More..