Tampilkan postingan dengan label saman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label saman. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Februari 2014
Harlem Shake ‘You Ulang Saya Saman You Pulak’
‘You ulang saya saman you pulak!’…Itulah kata-kata yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila wartawan mengajukan soalan kepadanya, semalam.Video berkenaan telah diparodikan kepada bentuk lagu Harlem Shake yang sedang popular ketika ini.Itulah lain kali bila orang tanya tolonglah jawab elok-elok.Malah, kalau tak nak jawab pun, tolaklah dengan sebaik mungkin. Video berdurasi 35 saat ini telah di edit oleh Agenda Daily dan ia dimuat naik semalam.Saksikan….sumber
Kamis, 26 Desember 2013
Mahkamah batal saman Ibrahim Ali ke atas Saifuddin
Malaysiakini
|
Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel di akhbar Suara Keadilan, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membenarkan permohonan Saifudin untuk membatalkan saman Ibrahim terhadapnya dengan kos RM8,000. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya.
Peguam Puspawati Rosman yang mewakili Saifudin berkata antara alasan yang diberi hakim itu ialah mahkamah bersetuju dengan pembelaan Saifuddin bahawa artikel itu tidak berbaur fitnah.
Pada 2 Jun 2010, Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM2 juta ke atas Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat di Suara Keadilan edisi minggu 27 April hingga 4 Mei 2010 menyebarkan perkataan yang membabitkannya dengan perniagaan.
Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.
Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota Parlimen Machang itu, dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.
- Bernama

Senin, 23 Desember 2013
Produser Mahu Saman Jika Fida Enggan Mohon Maaf

PETALING JAYA – Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.
“Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.
“Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
mStar Online pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.
Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.
Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.
Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.
Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.
“Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.
“Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida,” tuturnya.
Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.
Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz. – mStar Online
Langganan:
Postingan (Atom)