Rabu, 18 Desember 2013
Anak Harimau Ditemui Mati Lemas

LONDON – Tragedi sedih melanda zoo London apabila seekor anak harimau yang dilahirkan selepas 17 tahun di zoo berkenaan, ditemui mati dipercayai akibat lemas.
Anak harimau berkenaan, yang berusia tiga minggu dan belum diberikan nama lagi, hanya dikesan sudah mati selepas penjaga zoo gagal melihat kelibatnya dalam kamera CCTV pada Sabtu lalu.
Bagaimana anak harimau itu masuk ke dalam kolam tersebut masih menjadi misteri.
Ini kerana penjaga zoo menyangka ia dibawa oleh ibunya yang digelar Melati ke luar kandang.
Menurut kurator zoo itu, Malcolm Fitzpatrick, semua kakitangan zoo berasa sangat sedih selepas tiga minggu binatang itu dilahirkan.
“Kami menyangka dengan meletakkan anak harimau itu bersama Melati maka ia akan mengeratkan hubungan antara dua beranak itu,’’ katanya.
Melati, harimau jenis sumatera yang berusia lima tahun itu melahirkan anaknya pada 22 September lalu.
Melati dan harimau jantan, Jae Jae dikategorikan sebagai pasangan harimau Sumatera yang penting dan ia dipadankan menerusi program pembiakan bagi mengelakkan harimau terbabit pupus.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar