Senin, 30 Desember 2013

VIDEO Saat Ngeri Bas Dirempuh Lori Pemandu Tercampak Keluar!


Pada 22 Ogos lepas, sebuah bas ulang alik Genting Highlands terhumban ke dalam gaung mengorbankan sebanyak 37 nyawa dan 16 yang lain cedera. Turut terbunuh ialah pemandu bas berkenaan.

Di laman Facebook, dikongsikan rakaman video kamera litar tertutup di dalam sebuah bas di China yang mengalami kemalangan apabila dirempuh oleh sebuah lori.

Video itu amat mengerikan kerana pemandunya dilihat tercampak keluar dari tingkap manakala penumpang yang lain dilihat melambung-lambung sebaik rempuhan berlaku.

Agaknya, mungkin sedikit sebanyak keadaannya sama dengan bas malang yang terbabas di jalan menuruni Genting Highlands menuju ke ibu kota itu.

Kita lihat juga bagaimana kejadian kemalangan biasanya akan berlaku dalam masa yang amat pantas sebelum keadaan kembali tenang.

Video selama 1:17 itu dimuatnaik ke dalam YouTube pada Ogos lalu menunjukkan tindakan pemandu bas yang cuba mengundurkan basnya selepas terlajak melepasi susur keluar sebuah lebuhraya.

Ketika beliau mengundurkan bas berkenaan, bas itu dirempuh lori dipercayai dari belakang dan membuatkan pemandu bas tercampak keluar.

Bagaimanapun, nasib yang menimpa pemandu bas berkenaan tidak diketahui.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar