Sabtu, 21 Desember 2013

Budak Parody Kembali Dengan Teman Pengganti


Budak Parody Kembali Dengan Teman Pengganti

Seorang remaja lelaki yang makin terkenal sejak tersebar video ‘miming’nya yang menari mengikut melodi lagu Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Shae, kali ini dia tampil lagi dengan sebuah video baru.
Video terbarunya itu memaparkan dia menari mengikut rentak lagu yang dipopularkan oleh Black dan Malique yang berjudul Teman Pengganti.
Dia yang juga dikenali sebagai Bobo dilihat semakin aktif menerbitkan video parody walaupun video terbabit sebelum ini mendapat kritikan daripada banyak pihak.
Mungkin dia bercita-cita serta menanam impian untuk bergelar penari dan mana tahu ini merupakan salah satu platform untuk dirinya mengembangkan bakatnya itu.
Mana tahu rezeki dia nanti, dapat menapak dalam industri hiburan tanah air.
Tetapi videonya kali ini, bagi penulis tidak ‘semeriah’ tariannya semasa merekodkan lagu Shae tempoh hari.
Mungkin betul orang cakap, percubaan pertama yang kita buat selalunya lebih diingati.
Tak gitu?
SUMBER


Tidak ada komentar:

Posting Komentar